Sunday, March 22, 2015

~ Semangat Baru... mari sapu sawang dulu ~

Assalamualaikum....

Sebelum apa-apa eloklah kiranya rumah buku saya ini dikemas-kemas dulu, sawang-sawang yang diternak dibuang dulu. Hendak di perelokkan semula fungsi dan tujuan rumah buku ini supaya selari dengan semangat percubaan saya pada tahun ini...

Hendak buat perkara yang kita minat kan.... haruslah perasaan teruja tu lebih sikit. Namun dalam teruja itu ada debarnya juga. Harap apa yang dibuat dan dimulakan ini menjadi serta dipermudahkan olehNya.... amin... inshaAllah... Tapi takpelah mulakan dengan perlahan-lahan... langkah setapak demi setapak dulu. Saya budak baru belajar... baru nak buat bisnes.. Bisnes yang nak dimulakan ini haruslah berkaitan dengan buku kan sebab itulah saya mulakan di rumah ini. Rumah buku kecintaan saya yang agak lama telah saya tinggalkan.

Ini adalah permulaan sebagai muqadimah untuk apa yang cuba saya terokai. Seronok berulit dengan buku-buku. Seronok dapat berkongsi dengan mereka yang juga mencintai buku. Buat masa ini saya hanya  menjual buku-buku terbitan PTS sahaja. Pastinya harga yang saya tawarkan lebih murah dari harga dipasaran. InshaAllah... akan saya kemaskini dan beri sedikit review buku-buku yang menarik untuk anda semua. Buku-buku yang dibeli melalui saya akan dihantar melalui pos ataupun secara COD sekiranya anda tinggal berdekatan. Boleh juga dibeli dan dihadiahkan kepada sesiapa sahaja dan saya akan poskan ke alamat yang diberi. 

InshaAllah saya akan berikan yang terbaik untuk anda bakal pelanggan. Dunia tanpa buku pasti rasa kosong... Membaca buku pasti beri rasa dalam jiwa... Isi dalam buku membawa jiwa mengembara ke serata dunia... Buku... mampu mengisi ruang ilmu dalam dada.... 


~~ cahaya ilhamku  5:33pm ~~


0 comments: