Monday, March 23, 2015

:: Fahami Bacaan Dalam Solatmu ::

Antara perkara yang boleh dibuat untuk lebih khusyuk dalam solat adalah memahami setiap makna bacaan di dalam solat kan. Alangkah lebih indahnya andai dapat lebih khusyuk dalam setiap solat kita. Buku yang ingin saya perkenalkan ini inshaAllah dapat membantu kita memahami setiap bacaan dalam solat. Ya saya sudah milikinya dan alhamdulillah pengisiannya lebih mudah untuk difahami dan diikuti tidak kira sama ada untuk dewasa mahupun anak-anak.




Format: Paperback
ISBN-13: 978-967-0127-04-0
Tarikh Terbit: 1 Apr 2011
Jumlah Muka Surat : 208
Berat(kg): 0.38
********************************
Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya.” (Sura al-Mukminun: ayat 1-2)
Solat adalah wahana komunikasi seorang hamba dengan Tuhan yang seharusnya terjadi dengan suasana penuh mesra dan intim. Solat yang benar menghasilkan ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup seorang hamba. Ia melahirkan natijah kejayaan hidup di dunia dan di akhirat, seperti mana yang dijanjikan di dalam Quran.
Hal ini terjadi apabila seorang hamba menunaikan solat dengan penuh rasa khusyuk dengan memahami dan menghayati setiap patah perkataan yang diucapkan. Dengan demikian itu, proses komunikasi antara seorang hamba dan penciptanya akan lebih bermakna dan memberi impak yang maksimum.
Buku yang disusun oleh barisan panel penulis yang berautoriti dalam bidang agama ini adalah sebahagian daripada inisiatif bagi membantu orang Islam memahami bacaan dalam solat mereka.
Buku ini menyediakan panduan bergambar cara yang betul menunaikan solat, terjemahan lengkap dan secara per-kata bagi setiap ayat serta perkataan yang biasanya dibaca dalam solat.
Di penghujung setiap bab, latihan kefahaman disediakan bagi menguji dan meningkatkan daya ingatan serta hafalan pembaca.
Dengan bahasa yang mudah dan penerangan ringkas, buku ini sesuai digunakan oleh segenap lapisan masyarakat bagi membantu meningkatkan rasa khusyuk dalam solat.
Boleh digunakan sama ada untuk bacaan peribadi atau pun sebagai panduan dalam kelas pengajian untuk orang ramai.

Lebih menarik, di dalam buku ini ada latihan dan uji kaji untuk menguji pemahaman kita.

Harga : RM12 tidak termasuk pos.

Jika berminat boleh tinggalkan pesanan di ruangan komen ataupun email ke khairanimaisurah@gmail.com


"Bacalah...membaca.. anda jadi seorang pengembara..."




0 comments: