Saturday, April 26, 2008

Garis Garis Deja Vu - John Norafizan

Mengenali karya John Norafizan(JN) sejak membaca Tunjukkan Aku Satu Bintang, kemudian ada seseorang memberitahu bahawa untuk lebih memahami Tunjukkan Aku Satu Bintang(TASB) harus membaca Sempadan Tanpa Seri(STS). Ya...memang betul apa yang diberitahu itu.

Sejak itu terus menanti karya terbaru JN sehingga Cinderella Cinta dan kini Garis Garis DejaVu(GGDV). JN membawa tema percintaan yang lain dari kebiasaan, itulah uniknya. Membaca Garis Garis DejaVu, mengingatkan kembali pada watak-watak dan cerita di dalam TASB dan STS dan paling utama watak Father Thomas Rodriguez masih menjadi watak antagonis utama di dalam GGDV.

Walaubagaimanapun GGDV bukanlah sambungan atau trilogi kepada TASB dan STS kerana latar cerita dan watak-wataknya adalah berbeza. GGDV membawa kepada pencarian manusia dalam mencari diri dan Tuhannya, mencari kasih sayang dan makna kasih sayang itu, mencari makna kehidupan itu sendiri. Dalam pencarian itu mereka melalui dan menemui bermacam kisah kehidupan, cabaran dan dugaan yang tidak mereka jangka.

Sebagai pembaca, kita seolah-olah turut sama dalam pencarian itu. Ada debaran dalam jiwa, ada resah dan gelisah juga ada rasa bahagia dan kadangkala semacam dejavu.

2 comments:

NuRuL said...

salam kenal...di mana boleh dapat yer ketika cinta bertasbih 2 ini? saya cari masa book fair baru ini tapi tak da lagi?

khairanimaisurah said...

salam...nurul

saya beli secara online di http://www.e-kedai.net/, tapi masa tuh tinggal 2 buah je lagi. tak pasti masih ada atau tidak. memang belum ada dijual di kedai-kedai buku, rasanya dlm hujung tahun ini.